SYUKUR....syukur...syukur

7:41 AM Edit This 1 Comment »

syukur..syukur...syukur
Syukur KAU beri kesempatan aku merasai nikmat perkahwinan
KAU beri Hadiah tebesar dalm hidup ku..

YA RABB...
suburkanlah cinta kami...
semaikanlah kasih sayang kami
rahmatilah rabitah suci ini...

YA Razak...
syukur KAU kurniakan SUAMI yang penyayang kepadaku
setia menemani dikala susah senang ku
menerangi hidupku..
membuatku sentiasa tersenyum..

YA A'zim
Jadikanlah aku isteri solehah
isteri yang sentiasa mencari keredhaan suami..
Amin ya Rabala'lamin.

My engagement anniversary

6:44 AM Posted In Edit This 0 Comments »
Genap setahun umur pertunanganku (kini sudah berkawin)
ingin diri ku mengenangan kenangan manis itu...

dah kawin baru rase nk bercerita...
dlu time tunang senyap2 je..tup..tup sampai kad kawin..

haha, mcmtula dlu, takut benar kalau orang tahu diri ini sudah bertunang, bukan niat hati nk berahsia, tp keadaan dan masa lebih selesa jika mendiam diri...

Detik bersejarah pertunanganku jatuh pada 18/1/2010.
merupakan kali pertama En. Darling menjejaki rumahku dan kali kedua mak & Ayah jumpa En. Darling. selepas mak ayah jumpa dia kat tasik kejuteraan UKM, untuk kali yang pertama. . sebagai sesi pengenalan.Alhmdllh, pertemuan kali pertama itu membuka langkah seterusnya sehinggala sekarang yang kini telah digelar Isteri en.Darling...

Zaaaasssssssssssssssssssssssss

Ketibaan En. Darling saya

Bondas

Ipar duai

Sekian.....

my wedding Day

9:00 PM Edit This 1 Comment »

Sudah berbulan blog ini menyepi, tanpa kata, sibuk mungkin, selepas jemputan perkahwinan ku, senyap seribu bahasa.

Allahdllh, saya kini kembali membloging, mungkin akan berterusasn atau mungkin terhenti dipertegahan jalan, hanya ingin bkongsi pengalaman or ape-ape yg berkenaan..

12/06/2010
tarikh keramat ku, mungkin angkanya tidak seindah pilihan orang ramai seperti 10/10/2010 atau lebih cantik 20/10/2010 untuk hari-hari keramat mereka, tapi cukup untuk saya hanya mengambil tarikh ini sebagai hari keramat hidupku, bulan 6, bulan yang penuh makna dalm hidup ku...

11/06/2010
Disiang hari, saya tidak terase ape-apa yang mendebarkan, kenapa ya? sedangkan mlm ini saya akn diakad nikah bersama Insan yang saya sayangi. pagi tu saya ke rumah Widiah (teman sekolah) bersama abg n akk ipar saya untuk mengambil sireh yg dijanjikan. selepas tu saya ke SPA Iman n Hanan untuk mempersiapkan diriku untuk penikahan mlm itu, masih lagi tiada apa-apa debaran, pada waktu itu, rombongan lelaki telah sampai dirumah penginapan berdekatan bandar Muar. seusai saya memanjakan diri di SPA, kini ku pulang, setiba di perkarangan rumah, hati ku mula gelisah, mugkin segan diperhatikan orang ramai yang sedang merewang, kedengaran suara mengatakan akulah pengantinnya, saya hanya tersenyum kecil.

Majlis akad nikah berlangsung selepas isyak, alhamdullillah dengan sekali lafaz, sah menjadi isteri kepada Muhammad Khairul Anwar. syukur tidak terhingga pada yang maha ESA. selasai majlis perkahwinan, suami ku pulang ke rumah tumpangan untuk mempersiapkan diri untuk majlis keesokan harinya.

12/06/2010
pagi itu, keaadaan diluar rumah agak sibuk, kelihatan para tetamu sedang menjamu selera, sedangkan diriku, masih lagi tidak mempersiapkan diri, kerana saya ingin beri laluan untuk menunaikan solat zohor terlebih dahulu, awal jam 11.00 a.m teman-teman ku juga sudah tiba, diriku masih berbaju t-shirt, aduh, ape buleh buat, mujur mereka boleh menunggu sehingga diriku memakai baju pengantin, tidak lama kemuadian rakan-rakan saya ( Danny, farhana, lan, bibit, dan is) dari UKM pula tiba, meraka tidak boleh lama disitu coz ada urusan di UKM katanya, mahu tidak mahu, saya sarung baju pengantin tanpa solekan, untuk bergambar dengan mereka, kelakar sungguh rupa saya ketika itu.

time saya bersolek, rakan-rakan dari sekolah Tanwirah pula sampai.(rakan sekolah rendah - tingkatan 2). terharu rasenye, kawan yang sudah lama xbersua kini bertemu dimajlis perkahwinanku, mereka hanya dapat jumpa saya time bersolek je, kesian mereka saya tidak dapat melayan, ada juga rakan laki lain dari tanwiriah tunggu diluar bilik dan hanya menyampaikan salam dan tahniah, mereka juga ingin bergegas ke kenduri seterusnya. terima kasih kawan-kawan...
mujur kawan-kawan SMALQ boleh menunggu lebih lama.

selepas zohor, seperti yang dijanjikan 2 rombongan pengantin tiba diiringi paluan kompang, Alhamdllh majlis berjalan makan beradap tiada masalah, terima kasih untuk makcik n pakcik yang banyak menolong...

Jemput datang ya....

5:23 AM Edit This 7 Comments »
Sebelum ni sahabat-sahabat berteka -teki, bila majlis saya akan dilangsungkan,(cit...perasan je lebeh..lalalala) dan ada juga yang kecik ati, especially teman-teman ex-SMALQ....sori ye kengkwan....

sebenarnya bukan nk berahsia ape pun, saya just ingat status saya yang BARU bertunang pada waktu itu,  (09/01/2010), masih terlalu awal rasenya nak bagtau pasal majlis...so saya mengambil keputusan, untuk mendiamkan diri, tidak mengiakan dan tidak menidakkan (cewah....cam belajar kajian teks tafsir plak..hihihihi)

Memandangkan kad jemputan saya baru sampai pagi tadi dari KL,(panas lagi)... saya ambik kesempatan mengedar time taklimat praktikal td, lagipun inilah masenye sementara sume kawan-kwan PIPAQ  berkumpul....

klo diikutkan masih awal lagi kot nk anouns sekarang, sbb masih ada dalam sebulan lagi untuk majlis saya, tp sem hampir nk tamat, masing-masing bz ngan exam, pastu sahabat2 PIPAQ akan m'bzkan diri di sekolah praktikal masing2, termasuk la saya...so bagi mengelakkan sahabat-sahabat salah faham untuk sem depan, better saya edar dari sekarang juga sementara masih ada masa yang terluang.. kan...kan...kan...

Yang jauh dekat, harap2 sudi datang, kalau nk kad jemputan, jgan segan silu mintak saya or Encik Khairul Anwar Abas, jangan keliru dengan Anuar Mt lazim MPP kito tu, sbb ada yang salah faham, kata dengan Anwar Mt lazim pulok (sori YB, pinjam nama jap) ngeeeee...

trime kasih pada cik Diana kerana sudi tolong wat kad jemputan ni dengan harga yang sangat ekonomi!!!!!!agagagaga

Cover

Content

Kepada semua yang dikenali dan kawan-kawan Anwar, cousin saya yang di malaysia atau nun jauh di bumi anbiya', sume kwan2 sekolah, ex-tanwiriah, ex-SMALQ, ex-Maahad Johor, and kengkawan yang ada kat UKM ni, (warga PIPAQ, adik beradiks, kengkawan za'ba atau bukan za'ba serta sekalian dijemput hadir ke teratak saya pada 12/Jun/2010 :

POS 25 KG SG PULAI
84160 PARIT JAWA
MUAR JOHOR
MALAYSIA

time kasih........

di waktu kesempitan "KAU" beri kesenangan

9:06 PM Edit This 0 Comments »
segala syukur tidak terhingga aku panjatkan padamu ya ALLAH..
di waktu aku dalam kesempitan "KAU"permudahkan...syukur..syukur..

sehari sebelum exam......
rase serabut, kening dah mule bercantum, nk berkerut saja...
resah gelundah lana di hati ni tidak terhingga.... dalam hati asyik cakap" lantak la esok nk jawab apa pun"erhmmmmm rase sangt2 pusing kepala, 2 hari saya spacekan untuk study subjek asas penyelidikan, tpi mcm xstudy je, zero dalam kepala ni, ingat  kedudukan slide dan tempat2 yang saya conteng je..tp xnampak apa isi dalam slide tu...Allah..Allah..

mlm tu ingat nk mengulangkaji nota sekali lalu, tp hati saya berat nk tgok soalan2 lepas, walaupun dah nk termuntah telan huruf2, tetap gagahkan diri dan membulatkan mata tgok soalan tu, habis je tgok skali lalu... trus tido,walaupun hati rase mcm nk teruskan, dapat mengulang skali pun cukuplah, tp memandangkan esoknye exam pagi, so xsempatlah nk mengulang....walaucamnepun saya tiada kudrat untuk meneruskan, tutp mata pun mcm-macam bentuk keluar @#$%*^~*!@#... berserah je la ....

esok paginya (hari ini) saya terjaga awal sejam daripada masa yang saya set...
sedar dalm kesegaran berbeza hari-hari lain yang agak liat nk bangun, lalu saya gunakan kesempatan ini untuk mengulang baca nota......alhamdllh, segala puji bagi allah, saya rase sangt tenang berbanding smalam, saya dah nampk ape yg saya bace tu...

tuhan maha pemurah...DIA mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya...
saya baca...baca dan baca sehingga tiba waktunye saya melangkah ke dewan peperiksaan....
hnya doa + tawakkal mengiringiku.....apa yang saya usahakan itulah hasilnya......

wallahualam.....

ada apa dengan angka 6?

1:44 AM Edit This 3 Comments »
qabla zalik.....

tenggelam timbul-tenggelam timbul, itula kisahnye, sebenarnye xde ape isu yang menarik nk dikongsi kat blog ni, time ada je nk cerita time tu la baru nk menulis, time xde ape2, berhabuk dan bersaranglah ia.

mase awal2 wat blog  ni, ye la, excited nk membloging, macm2 nk cerita la kununnye, lame2 tengelam timbul la jadinye......(ok ulfa, cukup2 la berleter)  ok!

kembali pada tajuk asal.....

ada apa dengan no 6 atau six, atau ستة

bleh dikatakan no 6 ni agak sinonim dengan diri saya tp xbersangatan,
sampai sahabat saya kata " no 6 ni mesti ada kene mengena dengan diri saya"
ermmmmm, ye ke?

saya anak ke-6
lahir bulan 6
anak sedara ada 6 orang
(stakat ni)
no matrik 116565 (ada la gak angka 6 tu )

yang penting...
saya akan kawin bulan 6 ini...ouch

lalalalalala.....
ops....ada yg xtahu lagi saya nk kwin ?
ha.... ni la nk habaq ni..... memang cari masa nk habaq kat kwan2,
yang xtau tu jgan kecit ati naa......bukan xnk habaq
tp memang cari mase yang sesuai, rasenye dah sesuai la kot.....

insyallah kad jemputan akan menyusul.....

HAZA FAQAD......daaaaaaaaa....

barakallahu lakuma- Widiah n Nasuha

8:14 AM Edit This 0 Comments »
Masa berlalu, satu demi satu sahabat ku berlalu meninggalkan zaman bujangnya, kini mereka menempuhi alam baru, alam yang mengejar syurga bawah telapak kakinya, selain ibu...dulu kak nad...kini giliran wid pula....

13/03/2010
(sabtu)
rawang

Debaran pengantin perempuan menunggu pengantin lelaki
yang sedang berakad di luar sana...

Tersenyum riang selepas selamat diijabkabul

bersama kawan-kawan dimalam pernikahan.
turut hadir pada mlm tersebut
kiah, zawana, nisah, farahin, uda n saya.

acara suap menyuap after makan.

bunting pelamin???
bukan wid, tp orang sebelah tu..tika kotak n suaminya
insyallh bulan 4 ni akan lahir ke dunia...

meraikan majlis
nisah,zawana,yan, moon
mimi,erin,piah,azza
tikah n saya

persalinan kedua
english style

kengkawanku yang kurindui...
bile la dapat berkumpul mcmni lagi????

semoga kalian berbahgia sehingga ke syurga

بارك الله لكما وبارك عليكما
وجمع بينكما في خير
بارك الله لكما وبارك عليكما
وجمع بينكما في خير

Baraka allahu lakuma - k.nad & wadi

8:53 AM Edit This 1 Comment »
Alhamdllh selamat sudah ex-roomate saya diijab kabul...tumpang gumbira skali, sama cantik sama padan, semoga kalian dapat membina rumah tangga yang sentiasa dirahmati Allah.

14/2/2010....
walaupun hampir 2 minggu berlalu, masih segar diingatan majlis perkahwinan mereka. hepy sesangat, perkenalan mereka diakhiri dengan ikatan yang suci...tidak dapat diungkap kegumbiraan kami, hanya gambar-gambar ini dapat menceritakan segalanya.

sebelum dan selepas akad nikah

Romantika de amor

bersama kengkawan

ambik berkat pengantin..hihihihi

suasana majlis

sesi pengambaran ngan kawan2 n family

semoga kalian berbahgia.......

بارك الله لكما وبارك عليكما
وجمع بينكما في خير
بارك الله لكما وبارك عليكما
وجمع بينكما في خير

ulfa! awak ni very careless!!!!

4:48 PM Posted In Edit This 5 Comments »
Entah kebarapa kali hal yang sama terjadi padaku, ini sume gara2 saya yang cuai, dan tidak beringat..

kelmarin saya decide nk pegi sogo untuk bertemu my cousin (anim),semalamnya (ari sabtu) dah janji nk kuar esoknya, pada keeseokkan harinya, rase mcm berat je nk pg, sluruh badan rase sengal2 n bengkak,coz main netball,orang lain main ok je,tp saya main sampai bengkak2,ye lah..mane taknye, dah berape sem pencen main, tetiba sem ni main plak...kesian urat2 dan saraf saya terkejut....huh, tp memandangkan dah janji ngan anim, so pg jugak la...

pagi tu sbelum nk pegi, cek dlu apa2 yang kurang dalam beg, ooooh tidak..wallet saya xde, agak cuak time tu..tp xpe cooldown, cari slow2..tp xde gak dalm bilik ni, dah puas punggah barang,tp xde gak..pastu cuba cari kat motor plak, mane tahu tnggal kat situ,fuh alhmdllh, semalaman wallet saya kat bakul motor,mujur xde sape yg perasan, or ada orang perasan dia biar je n berkata >>>lalainya budak ni<<<<

perjalanku dari UKM ke bank negara agak lancar,tidak lame sampai sogo, anim pun tiba, dan kami pun berurusan sebgai mana yang dijanjikan....selesai sudah sumenye, tetibe ada somthing yang memanggil saya untuk balik UKM segera, dengan segeranya saya membuka langkah n terpaksa meninggalkan anim makan n balik sorang2,mujur ada kawan yg nk berjumpe dengannya n dapat lah tman anim makan...sory ye anim.....

langkahku pantas untuk mengejar tren yang terdahulu yg boleh membawa saya pulang ke UKM, setibanya saya di bank negara, baru dapat ambik nafas, sementara menunggu kehadiran tren, saya meredakan jantung yang berdegup kencang, sambil2 tu tgok la barang2 yang bakal saya bwa pulang ke UKM..time tu saya sengaja tinggalkan wallet dalam plastik barang yang berwarna hitam, dalm fikiranku, klo orang nk ragut handbeg saya, xde pape yang berharga pun dalam tu, wallet dalm plastik hitam, so xde orang yang pandang plastik hitam tu...

tidak lame slepas itu,tren ke seremban telah tiba, n saya pun terus masuk dalam tren tanpa menoleh belakang lagi, apa yang saya pk, saya nk rebut seat kosong,nk duduk n nk tido sepanjang jalan....huhuhuhu (jgan meniru aksi ini...sangat selfish)
akhirnya matlamat saya nk tido sampai UKM telah pun tercapai, setibanya di stesen UKM, saya keluar,tp rase teragak2 nk kuar coz rase ada something missing, saya pandang seketika di seat saya td, tp xdapt tgok dengan teliti memandangkan pintu tren nk tutup n orang terlalu crowded..bila saya keluar, pintu dah tertutup rapat...ooooo tidak... sure!!!somthing missing... beg hitam yang ada wallet saya..wuuuuuuaaaaaaaaaa...cuai...cuai...cuai...
  
barang-barang yg penting!!!!

plastik hitam yang berisi barang berharga saya

rase nk nangis,tp malu kat orang ramai, lagipun memang salah sndiri...so..padan muka kat saya...tanpa lengah masa saya bergegas pg ke kaunter ticket,suruh orang yang jaga dalam tren tu tengok-tengok kan, mujur beliau mahu menolong dengan hati yg terbuka... hihihi, keaadaan smakin serabut, ape yg saya pk, matrik card, lesen motor, i/c, card bank....sume tu leceh n banyak duit jugak nk guna...

masa berlalu,tren dah lepas dua stesen,tp masih xjumpa lagi...erm akhirnya beliau suruh tinggalkan no phone,manelah tahu kat seremban nanti baru jumpe...daku pulang dengan hampa dan kelaparan,ape yang penting skarang, tawakkal pada ALLAH harap sesiapa yang menjumpainya adalah orang yang jujur,n saya menganggap ini adalah hikmah bagi ku,supaya jadikan pengajaran n beringat setiap langkah ku.

ape nk buat selepas ni???? duit xde...tp lapar....Alhamdllah. Allah permudahkan urusanku, masih ada insan yang menyangiku dan memberikan saya pertolongan, (Package duit n nasihat) huhuhu ...time kasih kerana mebantuku dan ambil berat tentangku...

malam tu, keaadaan ku tenang, rase mcm malas nk pk dah, tawakkal je la,klo ada tu memang rezki saya, klo xde tu, xpela.. mlm tu pula rezki ku datang lagi, saedah bawak laksa dari rumahnya, tepat pada masanya,saya memang kelaparan. saya pun tanpa lengah2 ke sana....setibanya disana kami berbual panjang, diorang pun suruh blok card bank capt2..
ingat nk blok esok je, sbb hati saya masih lagi mengatakan "menelah tahu,jap lagi ada berita gembira berkenaan wallet saya" ..tp atas nasihat kwan2 saya, saya pun blok pada mlm tu juga..alhmdllh layanan yg baik dari pihak bank..sempat beramah mesra lagi,..cit....n dapat berita yang agak gumbira...kelas jam 9 cancel..hihihi,so saya bleh la pg wat report awal skit...

tanpa ku sedari..,malm semakin tua, tandanya saya harus pulang ke kamar ku untuk beradu..cewah2...time tu rase tenang je mcm xde pape masalah, entah rase mcm hari2 biasa...n saya pun tidur dengan lena...Zzzzzzzz

pada keesokkan harinya (08/2/2010), agak liat nk g balai pagi2 morning.. hati masih berkata(manalah tahu jap lagi ada panggilan daripada sesiapa yg menjumpainya) nk sedapkan hati la kononye....  jam sedah menunjukkan pkul 8.25, tp masih tiada sebarang berita....saya pun melambatkan pegerakan, kemas bilik, cuci baju dan ape2 yang berkenaan...

selesai saya mncuci baju, ada 2misscall dan 1 msj di no mexis, dalam benak ku terpk..adakah???????? ....ish xmungkin...sebab semalam tinggalkan no phone celcom kat stesen..xpe la tgok je la sape....ehm???no yg xdikenali??? hatiku semakin ingin tahu siapakah dia???,mujur ada msj,lantas saya membukanya... "call segera
urgent.Yahani"...siapa pula ini, tnapa berlengah saya call no yg tertera...kring...kring..kring..

assalamualaikum, awak ulfa ke?
............ha, ye saya ulfa.........
ya ALLAH awak ni ulfa. very careless
saya xtido mlm cari no telofon awak, call sane sini xdapt..

ALHAMDULILLAH......
segala pujian bagi Allah..
akhirnye..........

petang tu saya ke nilai untuk mengambilnya, trime kasih xterhingga pada puan YAhani, hanya tuhan dapat balas jasa puan, semoga Allah murahkan rezki puan..amin

P/s: upa jangan leka..lalai dan cuai
       : upa lepas ni beringat skit
       :upa lepas ni hati-hati sentiasa.....
       : upa setiap tindakan dengar n nasihat orang lain.
....

last day ke?

6:32 AM Edit This 0 Comments »

pas solat jumaat kami g mydin membeli dan memborong apa2 yang perlu n pastu kami mcmne ntah sya termain bowling ngan kak nad,n mybe yg last sebagai anak dara,hahaha,pasni kak.nad dah ada orang jaga....sedih plak rasenye...
dah 2 tahun duk sebilik ngannye, overall ok, saya selesa bersamanya...

dak...dik...duk...
masa pantas berlalu, kurang 2 hari, seminggu lagi kak.nad akn digelar seorang pemaisuri sang suami.., alhmdllah, saya sebagai roomate,cousmate turut gumbira depa gembira, satu harapan kami, semoga menjadi istri yg solehah dan penyejuk mta hati sang suami...cehwah....

seblum ni, saya teman dia g sana sini, pasni ada yang menemaninya sepanjang hari...
huhuhu, sedih..sedih...sedih,, akan ku kenangi zaman2 bujang bersamanya dulu kini dan selamanya....

semoga hubungan kita ttap segar keakhirnya ya...
slamat menikmati hari2 bahgia bersama suami yg anda sayangi..hihihii
saya sebagai adiknya,insyallh akn menyusur kemudian hari,n doakan daku jua...amin...

saya garang ke?

9:52 AM Edit This 2 Comments »

muke yang garang + nk senyum jugak!!!

Bertemu lagi selepas dah lame xmenjenguk blog ku ini, erm kerajinan untuk mengupdate masih lagi tidak berpihak pada diriku,apa bleh wat....

title "Saya garang ke" sebenarnya persoalan dari saya sendiri,dan soalan ditujukan untuk kwan2 yang singgah blog ini,ha sila jawab....hampir 22 tahun saya hidup dibumi tuhan ini,Alhamdllah,tp baru hari ni persoalan ini timbul, sebenarnya dah lame tp rase xperlu je nk pk panjang,so ia pun berpanjangan...

erm ini la diriku, dari bangku sekolah lagi,rakan ku selalu menegur berkenaan rupa ku yang mcm orang xde perasan dan garang... bukan rakan sekolah saja, malah sesiapa yang pernah bertemu denganku walaupun beberapa detik....

"Takut la tgok muka upa, garang! mcm nk makan orang" pusing2 ini la perkataan yang acap kaliku dengari, walaupun xsebijik dan bulat2 mcm ayat ni, tp pusing2 makna yang sama juga.....TAKUT.....GARANG....MAKAN ORANG.....hihihihi, nk tergelak plak...tp ini la kenyataan bukan cobaan...

sampailah diriku menjejaki universiti, keaadaan rupaku ini tetap same mcm dlu, klo snyum pun, xikhlas....kuang3

rakan dan taulan kata saya garang coz saya xreti snyum dan ditambah lg muke bugisku so jadilah rupaku yang tidak mempunyai perasaan n garang....

inilah sejarah ku...
time kat sekolah dlu saya xsuke snyum, saya takut orang kata saya gatal lagilah klo salah orang, so apabila mind set saya dah mcm tu sekian lama, maka terbentuklah sendi2 yang liat di pipi ku,maka liatlah ia untuk senyum...

KESANYA....
walaupun saya senyum,orang kata saya xsenyum, orang kata saya garang...sombong,xde perasaan... aduyai.....padan muka aku!!!! ada sampai satu tahap rakanku yang kene jaga senyuman ku....apa bleh wat.saya sudah cube test senyum,tp snyum pun mcm xsnyum,hihihi.

so nk cite kat sini,jganla selalu wat hipotesis awal, walaupun rupaku nampak bengis, tp hatiku tidak sebengis rupaku itu...kan2,yang kenal saya, kenal lah mereka siapa diriku....pasni jgan la tkut2 nk tegur saya,klo muke saya mcm nk makan orang, anda bolehlah bercakap dengan saya dengan mata tertutup....agagaga

moral story!!!!!!!(4 my future)
t dah besar dah ada ank,latih anak snyum.
snyum dapat awet muda
senyum itu sedekah

sekian wasalam.

mimpi gigi patah lagi!!!!

6:39 AM Edit This 7 Comments »

Hari ini dah masuk 3x saya mimpi gigi saya patah.
pada awlnya sy xmenghiraukannya,walaupun rase sangt aneh,tp hnya menyedapkan hati..alah biase la tu mainan tidurku...second time, sy mimpi yang sama,n tempat yang sama,bahagian atas,gigi arnab...sy mule rase xsedap, hatiku mule resah,apa petanda mimpiku ini...namun resahku hanya berlalu begitu....shingga la hari ini, mimpi yg sama jua,kali ini sy btul2 ingin tahu,apa maksud disebalik mimpi itu,tp sape la yg patutku tnyakan,tkot gak klo kurafat percaya ngan ramalan2......erm,xtahu nk buat ape, mlm ni, sy cube2 wat rajin cari kat ternet...setelah membaca beberapa article n blog org lain,sume mengatakan benda yg sama......((menandakan saudara anda akan mendapat kemalangan atau mati.)))isyh, seram rasenye,nauzubillh... minta sy dijauhkan benda2 ini, memang sume akn merasai kehilangan,tp...........wallahualam...

setiap insan akn merasai kehilangan
sume yg datang akan pergi
cume mase yg menentukannya
perlukah aku takutkan benda tu sume???
sedangkan aku akn merasai seperti manusia lain,
dan aku sendiri juga akn kembali kepadaNYA
yaALLAH,berilah aku kekuatan dan ketabahan untuk menghadapi ujianMU
hambaMU ini terlalu lemah dan hina ya TUHAN....
amin...yarabbalalamin

mengisi masa hari krismes

5:00 AM Edit This 1 Comment »
sehari sblum hari krismes...
asyik t'pk, apa nk buat esok,(25/12/2009)(birthday ayahku) ramai kwan2 balik umh, masing2 ada komitmen tersendiri..hanya bebarapa kerat yang tiggl,pk punye pk ape nk buat dengan keratan tersebut, setelah beberapa detik, munculah sebuah idea untuk mengisi hari krismes keesokkan harinya.

fisrt:nk g joging
second:nk pergi rumah saedah makan rambutan....

setelah berbincang,masing2 berundur untuk pulang ke kamar sendiri...saya yang tnggl di bilik ain, trus melayari internet untuk mengisi masa2 yang terluang..nk study kononnye,tp xde benda nk stdy, kelas baru mule, just study name2 lecture je la ye...

keesokkan harinya...alhmdllh, plan pertama berjaya dilaksanakan, tp diubah mengikut kretiviti masing2...iaitu berjoging dlm mimpi di bilik masing2...hihihihi..tengahari dalam jam 12 tghri, kami berempat berangkat ke rumah saedah di dengkil yang mengambil masa dalm 20 minit...setibanya disana, nmpknya kami langkah kanan, trus lunch dengan muke yang xberapa malu, tp xpe, kami dah biasa ngan family saedah , parentnye pun ok...after lunch, kami mula beroperasi mengemas rumah tumpangan...selesai sume, kami ambik kedondong, makn skit, pastu g ambik rambutan, dalm 3 guni, tp apekan daya, dapat bwak balik 2 plastik, kononye nk bwak bekal hari ahad ni, itupun klo diorang xmakn,ngeh..ngeh..dalm jam enam, igat nk balik, hujan tetibe lebat, kami tnggu sehingga hujan reda,sdang menunggu sempat kami mkan nasi 2 3 pinggan, menambah nmpknya,almaklum,hujan katakan, laparla kononye tu,slesai mkan, kami minta diriuntuk pulang ke ukm, alhmdllh, kami tiba dengan selamat....

ada jalan, ada penyelesaian..

6:29 AM Edit This 0 Comments »
setelah berkurun lame xmengaupdate, kini saya kembali merajinkn diri untuk membloging...sebulan lebih sudah saya duk umah cuti semester, mcm2 berlaku, pahit maung, sedih gembira nak xnak tlah pun tertulis..

hampir seminggu kelas bermula, secara overall banyak kelas yang dah start jika dibandingkan sem lepas yangmana minggu pertama kuliah mcm xberapa ada kuliah, biasa la tu, lecture bagi chance kat kitorang menyesuaikan diri selepas kembali darpada rumah...

naik sem, bnyk cerita, bnyk gossip,mcm2...lain orang lain crita...ehm crita ku?best la jugak...

walaupun kurang 2 hari ckup sminggu saya berada di UKM tp fikiranku masih belum sampai UKM, dimana ye???entah la, mcm2 ku fikirkan, pelbagai perkara nk difikirkan, walaucmne pun, nk xnak, itulah yang berlaku n itulah yang kite perlu slesaikan..acap kali saya terpandang ayat "nothing is imposibble", so saya jdkan ungkapan itu sebagai pendorong untuk menyelesaikan masalah, manusia suma ada masalah, n manusia memerlukan masalah untuk mematangkan diri, kadang kala kita perlu berterima kasih dengan masalah, knp ye?..sbb xde hari ini, xde lah esok, so xde maslah yg xbleh selesai,andai langkah pertama kite bleh selesaikan, knp tidak masalah seterusnya kite bleh dngan memetik jari...hihihi (tipu sangat la klo petik jari pun bleh slesaikan masalh)..ehm itulah yg dinamakan masalah bleh mematangkan kite....untuk mendapatkan sesuatu yang baik, kite perlu mencari kunci penyelesaiannya....ehm terpanjang plak bersyarah, xpe yg baik jd bleh dijadikan teladan,yang buruk jd sempadan..just pengongsian walaupun xsberapa....

abis sem dah....

6:47 PM Edit This 0 Comments »

FUH....

setelah sekian lame xmengupdate blog, nk kata xde masa, ada je, tp entah la...kemalasan telah melanda di saat2 nak  final exam....tp arini bukan nk kata rajin dah datang, tp sbb boring duk bilik, xde ape yang nk dibuat selepas pening kpala packing barang, dah 3 hari duk mengemas barang, tp sampai la ke hari ni, xsiap2 jua.....skit2 insyaallh, siap la tu....masih ada lagi sehari...sok nk balik dah..hihihi

exam kali ni saya tukar cara study, klo dlu study kat libry, sem ni, study kat bilik, ari pertama nk biasakan diri memang susah, mata asyik mejeling katil, seolah2 katil memanggil2 diriku, wlaucmne pun, xbleh ikutkan kata hati, nk ikut hati, sume xmenjadi, kadangkala kite kene lawan kata hati....dan kadangkala kite kene ikut kata hati...alhmdllh, hari pertama saya dapat tempuhinya....saya meneruskan sampai la penghujung exam...

mcm2 ujian la gak, 2 hari before first paper, saya kene jaga ank akk yang  belajar kat sini (UKM), memandangkan xde siapa yang nk jaga anknya, oleh kerana kelasnya 2 ari, akk tdo dibilik saya,sbb jauh nk ulang alik...xpela bukanya selalu, hatiku memujuk....hari pertama saya menjaganya, agak kekok sdikit, anknye pun xbiase lagi ngan saya, bile letak kat bilik, dia menangis, rase malu plak ngan jiran2 sebelah, xsedap plak menganggu orang lain study, saya membawa keluar mane yang patut, alhmdll lena juga di pangkuanku..tgahari skit, mamanya ambik bawa ke kelas, saya mengambil sedkit masa yang terluang untuk study...mlm tu, saya mintk kebenaran pada akk nk study libry...walaupun sekejap, tp rase berbaloi, pulun abis2 sbb ingat esok kene jaga lagi, mesti xdan nk baca...alhmdllh ALLAH permudahkan urusanku..

pada keesokkan harinya (ahad), saya menjaganya kat surau FST, senang klo ape2 hal dekat ngan maknya....alhmdllh xde masalh, cume petang tu je, meragam skit.....kesian kat akk, xsenang duduk dalam kuliah, ini lah ujian.......Alhmdllh ALLAH permudahkan urusanku untuk first paper..

Setelah  3 minggu memerah otak untuk exam , kini mase untuk memerah otak untuk kali kedua pula,nk pk mcmne nk kmas barang ni, nk letak mane, mcm2 bermain difikiranku....

sibuk mengemas barang, kami sempat lagi meluangkan masa main bowling bersama teman2,hihihi ...arini operasi megemas barang  kembali berjalan dengan lancarnya....

exam yang dah lepas tu, kite dah usaha, skrang masa untuk kite bertawakal, bak kata ayah "apa yang ditanam, itulah yang akn dituai" xkan la usaha kite sebegitu, nk result yang sebegini pula kan... ape2 pun....sumenye letak ditangan kita, kite yang mengerakkan ape yang kite hendak, ape yang kita impikan....isnyallh

abis dah.......

pergi la kamu wahai pemalas.....

9:19 PM Edit This 6 Comments »

Semakin hari semakin menjadi, ape nk wat ni, kemalasan ku semakin bermaharaja, exam dah nak dekat, di mana semngat study ku???kemari la kamu, kemari lah, aku memerlukan mu.....

Hari demi hari, tido ku smakin lena, langsung tidak gentar di kala teman yang lain bertungkus lumus memerah otak, tp aku?  masih sayngkan tido yang tidak pernah puas, sedangkan tiada langsung persiapan untuk bertarung.....sampai bila kah?

kwan2, teman2, tolonglah aku, ape yang harus aku lakukan, kemalasan telah menguasai diriku, aku sering tewas pabila berhadapan dengan nafsu tido ku....

adus.....kemarilah kamu, kemane kau menghilang wahai sang rajin, aku sangat memerlukan mu di saat ini...

P/s: kwan2 bagi tips skit, tolong diriku mencari sang rajin.....

niat untuk bergurau, tetapi..????

6:49 AM Edit This 0 Comments »

Satu perkara lagi saya pelajari tntang hukum, suka saya nk  kongsi dengan kwan2 yang lain sebagai peringatan...

Reality masa kini, bnyk perkara yang kita lakukan tapi xperasan  ada kesalahan yang kita xtahu disitu, mungkin kite anggap gurauan, suka-suka,tapi tahukah kite sejauh mane batasan gurauan itu????sedangkan  ia melibatkan hukum, ayuh kite renungkan.

Orang yang menuduh zina akan dikenakan hukuman hudud (ops....sensitif plak klo sbut bab ni). akan tetapi ia boleh disabitkan Ta'zir sekiranya tidak memenuhi syarat hudud.

# Hudud- Hukuman yang telah ditetapkan kadanya oleh syarak. xbleh ditambah dan xbleh dikurangkan.

#Ta'zir -Hukuman yang tidak ditetapkan oleh syarak, ia dilaksanakan berdasarkan pandangan pemerintah.

ok sambung smula....

                                    Tuduhan orang lain berzina disabitkan apabila seseorang itu berkata:

              "Engkau berzina"

              "Wahai penzina"

             "Wahai gay"

                  "Engkau telah meliwat"

                                                                     "wahai perempuan sundal"

Termasuklah apa saja kata-kata yang dilemparkan yang berkenaan maksud tersebut.

>>>>>>Pernah ke kite sebut perkataan-perkataan tersebut kat kawan atau musuh kite? 

bukan mudah kan?????? jahuilah gurauan yang melibatkan hukum, jgan mempersendakan hukum, kelak membwa padah.

RENUNG-RENUGKAN

raye 2009

9:10 PM Edit This 2 Comments »

Berlalu sudah ramadhan, kini tiba syawal pula, hari yang dinantikan-nantikan oleh sume umat islam, ada juga menangisi pemergiannya. entah dapat ke kite berjumpenya lagi ye....wallahu'alam

same seperti tahun lepas, pegi semayang raye, ayah mewajibkan ank2nya pg,xkira kecik tua muda, " sekali  setahun je nak, ape salahnye pg bkan lame pun" kata ayah.

tahun ni, makcik2, pakcik2 n akak-akak, abg xbalik raye pertama, so raye pertama xpenuh umah nenek mcm tahun  lepas. raye ke tiga baru umah nenek penuh dengan seratus lebih makhluk kabilah Twahir, termasuk la cucu, cicit, menantu, anak-anak dan sedara mara, subhanallah, kayanya nenek , mudah-mudahan murah rezki nenek, bak kata nenek, 

"biar xkaya harta, asalkan kaya dengan anak-anak keturunan"

"klo semua hadiahkan fatihah bile nenek xde nanti,dah nenek kaya dengan fatihah plak"

eh,panjang plak cite pasal nenek, bukan ape, seronok duduk dalam keluarge besar...hihihihihi

yok kite tgok skit suasana kampungku itu....

kepada sedara mara yang duk jauh dirantauan, semoga gambar2 ni menjadi pengubat rindu beraye dikampung....hihihihi

                                         "BURASAK" makan wajib di umah nenda n umah saya.

                                         setiap kali raya mesti ada, klo xde xbugis la kami,hihihihi  

                              kuih corn flakes n kek lapis serawak yang sempat ambik gambar.

                        suasana umah nenda malam raye, alamak gambar raye ke-3 xde plak...

                                                 sedara-sedara kat umah nenda

                     ini plak anak-anak dara ayah, ada sorang lgi, xtau la katne time ni.

erm bnyk sangat plak klo nk letak sume, hihihihi xpe la ini saja yang larat nk letak, kepada sedara-sedara yang jauh, diucapkan selamat ari raye....

haza faqad...ilalliqa'

camat ari raye...

6:05 PM Edit This 1 Comment »

jap lagi nk balik johor mari!!!!!

Saya  balik dlu ye kawan2, adik beradik, teman2,shabat2 yang saya sayangi, mintk mahap segala kesilapan saya, halalkan jika ada tersalah makn dan minum,saya jua ada kekurangan seperti insan lain.

semoge ukhwah kite akan berkekalan sampe bile2...insyallh

haza faqad....just update blog ....hihihihi

Ujian Sakit...

9:18 PM Edit This 2 Comments »

Hampir seminggu diriku terlantar demam, segala kerja tidak menjadi, banyak kelas tertinggal ,assignment pula juga tergendala. m/c diberi 2 hari , saya melebihkan menjadi 4 hari kerana keaadaan xmengizinkan. Mujur saya tidak keseorangan, masih ada teman disampingku, apabila keaadaan begini, masih ada teman yang sudi mengambil beratku..hanya tuhan dapat membalas jasa kalian semua. 

sehinggalah semalam (1 ramadhan). Demamku semakin surut, hanya batuk tidak henti-henti, bagai nak terkeluar isi perut ini, acapkali namaMU kulafazkan, tuhan maha adil, mudah-mudahan ujian yang Tuhan berikan padaku ini ,merupakan kifarah dosa. Dan ada hikmah tersendiri.  

Ternyata nabi Muhammad saw. menjelaskan dari salah satu haditnya bahwa setiap muslim yang menderita kegundahan, kegelisahan, kesakitan dan kesedihan sekalipun hanya tertusuk duri, itu merupakan kifarat/ penebus dari dosa-dosanya. (HR. Bukhari Muslim)

Pagi ramadhan yang menyenangkan, titisan rahmatmu bergilir-gilir membasahi bumi, maha kaya Engkau ya Rahman. Hujan beransur pergi digantikan sang mentari. Saya mengambil kesempatan ini untuk melakukan apa-apa yang saya mampu lakukan, saya memgambil keputusan untuk ke PTSL mencari bahan yang kian lama bersarang tidak diusik. Tidak lama kemudian, belum sempat saya sampai ke destinasi, sang hujan menderu dengan lebat, saya mengagahkan diri menghabiskan perjalanan tersebut, alhmdllh sampai juga akhirnya.
 Setibanya di ruang Koleksi Islam, penyakitku menjadi-jadi sehingga menggaggu tumpuan orang lain. Saya cuba menjauhkan diri daripada orang ramai. Hendak saja pulang ketika itu, memandangkan hujan belum berhenti, saya ambil kesempatan yang ada membelek beberapa buku rujukan.

 Selang setengah jam, kedengaran satu announcement penutupan PTSL, saya bergegas membelek isi kandungan mencari apa yang berkaitan dan berlalu pergi. Saya duduk termenung dilegar PTSL, diriku masih belum bersedia pulang ke bilik walaupun hujan sudah berhenti. mata ku ligat memerhati gelagat manusia ketika itu, diriku khayal seketika, teringat mak ayah di rumah. “ seronoknya dapat berbuka ngan family” ehm rasa sebak ketika itu, sebelum saya melarat panjang, lebih baik saya pulang bilik segera, nak dilayankan perasaan, malu kat orang je nanti.

Setibanya di bilik, saya merebahkan diri, selang beberapa minit kemuadian, kedengaran satu msg telah masuk…saya membiarkan dahulu, tidak lama kemudian baru saya membacanya, satu pesanan yang ringkas daripada no yang tidak dikenali :

“ Wahai kakakku, jganlah jd perempuan yg meruntuhkan iman lelaki, kasihanilah lelaki yang ingin berjuang dijlan ALLAH. Semoga ramadhan kali ini meningkatkan ketaqwaan kita kepada ALLAH, slamat mecari lailatul qadar…salam ramadhan n rindu drpd adikmu…ILA”

Tidak lama kemuadian baru saya perasan msg itu datang daripada adikku, tentu dia berada dirumah sekarang, tentu mereka semua menunggu waktu berbuka……bestya dapt berbuka kat umah, ada mak, ada ayah, ada adik-adi, masti meriahkan….”erhm xpela, ALLAH tidak mengizikan saya berada dirumah ketika ini, mgkin minggu depan klo ada rezki sya balik pula” hati kecil ku memujuk. Saya sambung memejamkan mata, tidak lekang difikiranku pesanan daripada adik ku itu, mata terpejam kepala masih memikirkan……akhirnya saya hanyut diulik mimpi.

Tuesday, January 18, 2011

SYUKUR....syukur...syukur

Posted by ulfa at 7:41 AM 1 comments

syukur..syukur...syukur
Syukur KAU beri kesempatan aku merasai nikmat perkahwinan
KAU beri Hadiah tebesar dalm hidup ku..

YA RABB...
suburkanlah cinta kami...
semaikanlah kasih sayang kami
rahmatilah rabitah suci ini...

YA Razak...
syukur KAU kurniakan SUAMI yang penyayang kepadaku
setia menemani dikala susah senang ku
menerangi hidupku..
membuatku sentiasa tersenyum..

YA A'zim
Jadikanlah aku isteri solehah
isteri yang sentiasa mencari keredhaan suami..
Amin ya Rabala'lamin.

Monday, January 17, 2011

My engagement anniversary

Posted by ulfa at 6:44 AM 0 comments
Genap setahun umur pertunanganku (kini sudah berkawin)
ingin diri ku mengenangan kenangan manis itu...

dah kawin baru rase nk bercerita...
dlu time tunang senyap2 je..tup..tup sampai kad kawin..

haha, mcmtula dlu, takut benar kalau orang tahu diri ini sudah bertunang, bukan niat hati nk berahsia, tp keadaan dan masa lebih selesa jika mendiam diri...

Detik bersejarah pertunanganku jatuh pada 18/1/2010.
merupakan kali pertama En. Darling menjejaki rumahku dan kali kedua mak & Ayah jumpa En. Darling. selepas mak ayah jumpa dia kat tasik kejuteraan UKM, untuk kali yang pertama. . sebagai sesi pengenalan.Alhmdllh, pertemuan kali pertama itu membuka langkah seterusnya sehinggala sekarang yang kini telah digelar Isteri en.Darling...

Zaaaasssssssssssssssssssssssss

Ketibaan En. Darling saya

Bondas

Ipar duai

Sekian.....

Wednesday, November 24, 2010

my wedding Day

Posted by ulfa at 9:00 PM 1 comments

Sudah berbulan blog ini menyepi, tanpa kata, sibuk mungkin, selepas jemputan perkahwinan ku, senyap seribu bahasa.

Allahdllh, saya kini kembali membloging, mungkin akan berterusasn atau mungkin terhenti dipertegahan jalan, hanya ingin bkongsi pengalaman or ape-ape yg berkenaan..

12/06/2010
tarikh keramat ku, mungkin angkanya tidak seindah pilihan orang ramai seperti 10/10/2010 atau lebih cantik 20/10/2010 untuk hari-hari keramat mereka, tapi cukup untuk saya hanya mengambil tarikh ini sebagai hari keramat hidupku, bulan 6, bulan yang penuh makna dalm hidup ku...

11/06/2010
Disiang hari, saya tidak terase ape-apa yang mendebarkan, kenapa ya? sedangkan mlm ini saya akn diakad nikah bersama Insan yang saya sayangi. pagi tu saya ke rumah Widiah (teman sekolah) bersama abg n akk ipar saya untuk mengambil sireh yg dijanjikan. selepas tu saya ke SPA Iman n Hanan untuk mempersiapkan diriku untuk penikahan mlm itu, masih lagi tiada apa-apa debaran, pada waktu itu, rombongan lelaki telah sampai dirumah penginapan berdekatan bandar Muar. seusai saya memanjakan diri di SPA, kini ku pulang, setiba di perkarangan rumah, hati ku mula gelisah, mugkin segan diperhatikan orang ramai yang sedang merewang, kedengaran suara mengatakan akulah pengantinnya, saya hanya tersenyum kecil.

Majlis akad nikah berlangsung selepas isyak, alhamdullillah dengan sekali lafaz, sah menjadi isteri kepada Muhammad Khairul Anwar. syukur tidak terhingga pada yang maha ESA. selasai majlis perkahwinan, suami ku pulang ke rumah tumpangan untuk mempersiapkan diri untuk majlis keesokan harinya.

12/06/2010
pagi itu, keaadaan diluar rumah agak sibuk, kelihatan para tetamu sedang menjamu selera, sedangkan diriku, masih lagi tidak mempersiapkan diri, kerana saya ingin beri laluan untuk menunaikan solat zohor terlebih dahulu, awal jam 11.00 a.m teman-teman ku juga sudah tiba, diriku masih berbaju t-shirt, aduh, ape buleh buat, mujur mereka boleh menunggu sehingga diriku memakai baju pengantin, tidak lama kemuadian rakan-rakan saya ( Danny, farhana, lan, bibit, dan is) dari UKM pula tiba, meraka tidak boleh lama disitu coz ada urusan di UKM katanya, mahu tidak mahu, saya sarung baju pengantin tanpa solekan, untuk bergambar dengan mereka, kelakar sungguh rupa saya ketika itu.

time saya bersolek, rakan-rakan dari sekolah Tanwirah pula sampai.(rakan sekolah rendah - tingkatan 2). terharu rasenye, kawan yang sudah lama xbersua kini bertemu dimajlis perkahwinanku, mereka hanya dapat jumpa saya time bersolek je, kesian mereka saya tidak dapat melayan, ada juga rakan laki lain dari tanwiriah tunggu diluar bilik dan hanya menyampaikan salam dan tahniah, mereka juga ingin bergegas ke kenduri seterusnya. terima kasih kawan-kawan...
mujur kawan-kawan SMALQ boleh menunggu lebih lama.

selepas zohor, seperti yang dijanjikan 2 rombongan pengantin tiba diiringi paluan kompang, Alhamdllh majlis berjalan makan beradap tiada masalah, terima kasih untuk makcik n pakcik yang banyak menolong...

Saturday, April 17, 2010

Jemput datang ya....

Posted by ulfa at 5:23 AM 7 comments
Sebelum ni sahabat-sahabat berteka -teki, bila majlis saya akan dilangsungkan,(cit...perasan je lebeh..lalalala) dan ada juga yang kecik ati, especially teman-teman ex-SMALQ....sori ye kengkwan....

sebenarnya bukan nk berahsia ape pun, saya just ingat status saya yang BARU bertunang pada waktu itu,  (09/01/2010), masih terlalu awal rasenya nak bagtau pasal majlis...so saya mengambil keputusan, untuk mendiamkan diri, tidak mengiakan dan tidak menidakkan (cewah....cam belajar kajian teks tafsir plak..hihihihi)

Memandangkan kad jemputan saya baru sampai pagi tadi dari KL,(panas lagi)... saya ambik kesempatan mengedar time taklimat praktikal td, lagipun inilah masenye sementara sume kawan-kwan PIPAQ  berkumpul....

klo diikutkan masih awal lagi kot nk anouns sekarang, sbb masih ada dalam sebulan lagi untuk majlis saya, tp sem hampir nk tamat, masing-masing bz ngan exam, pastu sahabat2 PIPAQ akan m'bzkan diri di sekolah praktikal masing2, termasuk la saya...so bagi mengelakkan sahabat-sahabat salah faham untuk sem depan, better saya edar dari sekarang juga sementara masih ada masa yang terluang.. kan...kan...kan...

Yang jauh dekat, harap2 sudi datang, kalau nk kad jemputan, jgan segan silu mintak saya or Encik Khairul Anwar Abas, jangan keliru dengan Anuar Mt lazim MPP kito tu, sbb ada yang salah faham, kata dengan Anwar Mt lazim pulok (sori YB, pinjam nama jap) ngeeeee...

trime kasih pada cik Diana kerana sudi tolong wat kad jemputan ni dengan harga yang sangat ekonomi!!!!!!agagagaga

Cover

Content

Kepada semua yang dikenali dan kawan-kawan Anwar, cousin saya yang di malaysia atau nun jauh di bumi anbiya', sume kwan2 sekolah, ex-tanwiriah, ex-SMALQ, ex-Maahad Johor, and kengkawan yang ada kat UKM ni, (warga PIPAQ, adik beradiks, kengkawan za'ba atau bukan za'ba serta sekalian dijemput hadir ke teratak saya pada 12/Jun/2010 :

POS 25 KG SG PULAI
84160 PARIT JAWA
MUAR JOHOR
MALAYSIA

time kasih........

Sunday, April 11, 2010

di waktu kesempitan "KAU" beri kesenangan

Posted by ulfa at 9:06 PM 0 comments
segala syukur tidak terhingga aku panjatkan padamu ya ALLAH..
di waktu aku dalam kesempitan "KAU"permudahkan...syukur..syukur..

sehari sebelum exam......
rase serabut, kening dah mule bercantum, nk berkerut saja...
resah gelundah lana di hati ni tidak terhingga.... dalam hati asyik cakap" lantak la esok nk jawab apa pun"erhmmmmm rase sangt2 pusing kepala, 2 hari saya spacekan untuk study subjek asas penyelidikan, tpi mcm xstudy je, zero dalam kepala ni, ingat  kedudukan slide dan tempat2 yang saya conteng je..tp xnampak apa isi dalam slide tu...Allah..Allah..

mlm tu ingat nk mengulangkaji nota sekali lalu, tp hati saya berat nk tgok soalan2 lepas, walaupun dah nk termuntah telan huruf2, tetap gagahkan diri dan membulatkan mata tgok soalan tu, habis je tgok skali lalu... trus tido,walaupun hati rase mcm nk teruskan, dapat mengulang skali pun cukuplah, tp memandangkan esoknye exam pagi, so xsempatlah nk mengulang....walaucamnepun saya tiada kudrat untuk meneruskan, tutp mata pun mcm-macam bentuk keluar @#$%*^~*!@#... berserah je la ....

esok paginya (hari ini) saya terjaga awal sejam daripada masa yang saya set...
sedar dalm kesegaran berbeza hari-hari lain yang agak liat nk bangun, lalu saya gunakan kesempatan ini untuk mengulang baca nota......alhamdllh, segala puji bagi allah, saya rase sangt tenang berbanding smalam, saya dah nampk ape yg saya bace tu...

tuhan maha pemurah...DIA mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya...
saya baca...baca dan baca sehingga tiba waktunye saya melangkah ke dewan peperiksaan....
hnya doa + tawakkal mengiringiku.....apa yang saya usahakan itulah hasilnya......

wallahualam.....

Friday, April 9, 2010

ada apa dengan angka 6?

Posted by ulfa at 1:44 AM 3 comments
qabla zalik.....

tenggelam timbul-tenggelam timbul, itula kisahnye, sebenarnye xde ape isu yang menarik nk dikongsi kat blog ni, time ada je nk cerita time tu la baru nk menulis, time xde ape2, berhabuk dan bersaranglah ia.

mase awal2 wat blog  ni, ye la, excited nk membloging, macm2 nk cerita la kununnye, lame2 tengelam timbul la jadinye......(ok ulfa, cukup2 la berleter)  ok!

kembali pada tajuk asal.....

ada apa dengan no 6 atau six, atau ستة

bleh dikatakan no 6 ni agak sinonim dengan diri saya tp xbersangatan,
sampai sahabat saya kata " no 6 ni mesti ada kene mengena dengan diri saya"
ermmmmm, ye ke?

saya anak ke-6
lahir bulan 6
anak sedara ada 6 orang
(stakat ni)
no matrik 116565 (ada la gak angka 6 tu )

yang penting...
saya akan kawin bulan 6 ini...ouch

lalalalalala.....
ops....ada yg xtahu lagi saya nk kwin ?
ha.... ni la nk habaq ni..... memang cari masa nk habaq kat kwan2,
yang xtau tu jgan kecit ati naa......bukan xnk habaq
tp memang cari mase yang sesuai, rasenye dah sesuai la kot.....

insyallah kad jemputan akan menyusul.....

HAZA FAQAD......daaaaaaaaa....

Tuesday, March 16, 2010

barakallahu lakuma- Widiah n Nasuha

Posted by ulfa at 8:14 AM 0 comments
Masa berlalu, satu demi satu sahabat ku berlalu meninggalkan zaman bujangnya, kini mereka menempuhi alam baru, alam yang mengejar syurga bawah telapak kakinya, selain ibu...dulu kak nad...kini giliran wid pula....

13/03/2010
(sabtu)
rawang

Debaran pengantin perempuan menunggu pengantin lelaki
yang sedang berakad di luar sana...

Tersenyum riang selepas selamat diijabkabul

bersama kawan-kawan dimalam pernikahan.
turut hadir pada mlm tersebut
kiah, zawana, nisah, farahin, uda n saya.

acara suap menyuap after makan.

bunting pelamin???
bukan wid, tp orang sebelah tu..tika kotak n suaminya
insyallh bulan 4 ni akan lahir ke dunia...

meraikan majlis
nisah,zawana,yan, moon
mimi,erin,piah,azza
tikah n saya

persalinan kedua
english style

kengkawanku yang kurindui...
bile la dapat berkumpul mcmni lagi????

semoga kalian berbahgia sehingga ke syurga

بارك الله لكما وبارك عليكما
وجمع بينكما في خير
بارك الله لكما وبارك عليكما
وجمع بينكما في خير

Tuesday, February 23, 2010

Baraka allahu lakuma - k.nad & wadi

Posted by ulfa at 8:53 AM 1 comments
Alhamdllh selamat sudah ex-roomate saya diijab kabul...tumpang gumbira skali, sama cantik sama padan, semoga kalian dapat membina rumah tangga yang sentiasa dirahmati Allah.

14/2/2010....
walaupun hampir 2 minggu berlalu, masih segar diingatan majlis perkahwinan mereka. hepy sesangat, perkenalan mereka diakhiri dengan ikatan yang suci...tidak dapat diungkap kegumbiraan kami, hanya gambar-gambar ini dapat menceritakan segalanya.

sebelum dan selepas akad nikah

Romantika de amor

bersama kengkawan

ambik berkat pengantin..hihihihi

suasana majlis

sesi pengambaran ngan kawan2 n family

semoga kalian berbahgia.......

بارك الله لكما وبارك عليكما
وجمع بينكما في خير
بارك الله لكما وبارك عليكما
وجمع بينكما في خير

Sunday, February 7, 2010

ulfa! awak ni very careless!!!!

Posted by ulfa at 4:48 PM 5 comments
Entah kebarapa kali hal yang sama terjadi padaku, ini sume gara2 saya yang cuai, dan tidak beringat..

kelmarin saya decide nk pegi sogo untuk bertemu my cousin (anim),semalamnya (ari sabtu) dah janji nk kuar esoknya, pada keeseokkan harinya, rase mcm berat je nk pg, sluruh badan rase sengal2 n bengkak,coz main netball,orang lain main ok je,tp saya main sampai bengkak2,ye lah..mane taknye, dah berape sem pencen main, tetiba sem ni main plak...kesian urat2 dan saraf saya terkejut....huh, tp memandangkan dah janji ngan anim, so pg jugak la...

pagi tu sbelum nk pegi, cek dlu apa2 yang kurang dalam beg, ooooh tidak..wallet saya xde, agak cuak time tu..tp xpe cooldown, cari slow2..tp xde gak dalm bilik ni, dah puas punggah barang,tp xde gak..pastu cuba cari kat motor plak, mane tahu tnggal kat situ,fuh alhmdllh, semalaman wallet saya kat bakul motor,mujur xde sape yg perasan, or ada orang perasan dia biar je n berkata >>>lalainya budak ni<<<<

perjalanku dari UKM ke bank negara agak lancar,tidak lame sampai sogo, anim pun tiba, dan kami pun berurusan sebgai mana yang dijanjikan....selesai sudah sumenye, tetibe ada somthing yang memanggil saya untuk balik UKM segera, dengan segeranya saya membuka langkah n terpaksa meninggalkan anim makan n balik sorang2,mujur ada kawan yg nk berjumpe dengannya n dapat lah tman anim makan...sory ye anim.....

langkahku pantas untuk mengejar tren yang terdahulu yg boleh membawa saya pulang ke UKM, setibanya saya di bank negara, baru dapat ambik nafas, sementara menunggu kehadiran tren, saya meredakan jantung yang berdegup kencang, sambil2 tu tgok la barang2 yang bakal saya bwa pulang ke UKM..time tu saya sengaja tinggalkan wallet dalam plastik barang yang berwarna hitam, dalm fikiranku, klo orang nk ragut handbeg saya, xde pape yang berharga pun dalam tu, wallet dalm plastik hitam, so xde orang yang pandang plastik hitam tu...

tidak lame slepas itu,tren ke seremban telah tiba, n saya pun terus masuk dalam tren tanpa menoleh belakang lagi, apa yang saya pk, saya nk rebut seat kosong,nk duduk n nk tido sepanjang jalan....huhuhuhu (jgan meniru aksi ini...sangat selfish)
akhirnya matlamat saya nk tido sampai UKM telah pun tercapai, setibanya di stesen UKM, saya keluar,tp rase teragak2 nk kuar coz rase ada something missing, saya pandang seketika di seat saya td, tp xdapt tgok dengan teliti memandangkan pintu tren nk tutup n orang terlalu crowded..bila saya keluar, pintu dah tertutup rapat...ooooo tidak... sure!!!somthing missing... beg hitam yang ada wallet saya..wuuuuuuaaaaaaaaaa...cuai...cuai...cuai...
  
barang-barang yg penting!!!!

plastik hitam yang berisi barang berharga saya

rase nk nangis,tp malu kat orang ramai, lagipun memang salah sndiri...so..padan muka kat saya...tanpa lengah masa saya bergegas pg ke kaunter ticket,suruh orang yang jaga dalam tren tu tengok-tengok kan, mujur beliau mahu menolong dengan hati yg terbuka... hihihi, keaadaan smakin serabut, ape yg saya pk, matrik card, lesen motor, i/c, card bank....sume tu leceh n banyak duit jugak nk guna...

masa berlalu,tren dah lepas dua stesen,tp masih xjumpa lagi...erm akhirnya beliau suruh tinggalkan no phone,manelah tahu kat seremban nanti baru jumpe...daku pulang dengan hampa dan kelaparan,ape yang penting skarang, tawakkal pada ALLAH harap sesiapa yang menjumpainya adalah orang yang jujur,n saya menganggap ini adalah hikmah bagi ku,supaya jadikan pengajaran n beringat setiap langkah ku.

ape nk buat selepas ni???? duit xde...tp lapar....Alhamdllah. Allah permudahkan urusanku, masih ada insan yang menyangiku dan memberikan saya pertolongan, (Package duit n nasihat) huhuhu ...time kasih kerana mebantuku dan ambil berat tentangku...

malam tu, keaadaan ku tenang, rase mcm malas nk pk dah, tawakkal je la,klo ada tu memang rezki saya, klo xde tu, xpela.. mlm tu pula rezki ku datang lagi, saedah bawak laksa dari rumahnya, tepat pada masanya,saya memang kelaparan. saya pun tanpa lengah2 ke sana....setibanya disana kami berbual panjang, diorang pun suruh blok card bank capt2..
ingat nk blok esok je, sbb hati saya masih lagi mengatakan "menelah tahu,jap lagi ada berita gembira berkenaan wallet saya" ..tp atas nasihat kwan2 saya, saya pun blok pada mlm tu juga..alhmdllh layanan yg baik dari pihak bank..sempat beramah mesra lagi,..cit....n dapat berita yang agak gumbira...kelas jam 9 cancel..hihihi,so saya bleh la pg wat report awal skit...

tanpa ku sedari..,malm semakin tua, tandanya saya harus pulang ke kamar ku untuk beradu..cewah2...time tu rase tenang je mcm xde pape masalah, entah rase mcm hari2 biasa...n saya pun tidur dengan lena...Zzzzzzzz

pada keesokkan harinya (08/2/2010), agak liat nk g balai pagi2 morning.. hati masih berkata(manalah tahu jap lagi ada panggilan daripada sesiapa yg menjumpainya) nk sedapkan hati la kononye....  jam sedah menunjukkan pkul 8.25, tp masih tiada sebarang berita....saya pun melambatkan pegerakan, kemas bilik, cuci baju dan ape2 yang berkenaan...

selesai saya mncuci baju, ada 2misscall dan 1 msj di no mexis, dalam benak ku terpk..adakah???????? ....ish xmungkin...sebab semalam tinggalkan no phone celcom kat stesen..xpe la tgok je la sape....ehm???no yg xdikenali??? hatiku semakin ingin tahu siapakah dia???,mujur ada msj,lantas saya membukanya... "call segera
urgent.Yahani"...siapa pula ini, tnapa berlengah saya call no yg tertera...kring...kring..kring..

assalamualaikum, awak ulfa ke?
............ha, ye saya ulfa.........
ya ALLAH awak ni ulfa. very careless
saya xtido mlm cari no telofon awak, call sane sini xdapt..

ALHAMDULILLAH......
segala pujian bagi Allah..
akhirnye..........

petang tu saya ke nilai untuk mengambilnya, trime kasih xterhingga pada puan YAhani, hanya tuhan dapat balas jasa puan, semoga Allah murahkan rezki puan..amin

P/s: upa jangan leka..lalai dan cuai
       : upa lepas ni beringat skit
       :upa lepas ni hati-hati sentiasa.....
       : upa setiap tindakan dengar n nasihat orang lain.
....

Friday, February 5, 2010

last day ke?

Posted by ulfa at 6:32 AM 0 comments

pas solat jumaat kami g mydin membeli dan memborong apa2 yang perlu n pastu kami mcmne ntah sya termain bowling ngan kak nad,n mybe yg last sebagai anak dara,hahaha,pasni kak.nad dah ada orang jaga....sedih plak rasenye...
dah 2 tahun duk sebilik ngannye, overall ok, saya selesa bersamanya...

dak...dik...duk...
masa pantas berlalu, kurang 2 hari, seminggu lagi kak.nad akn digelar seorang pemaisuri sang suami.., alhmdllah, saya sebagai roomate,cousmate turut gumbira depa gembira, satu harapan kami, semoga menjadi istri yg solehah dan penyejuk mta hati sang suami...cehwah....

seblum ni, saya teman dia g sana sini, pasni ada yang menemaninya sepanjang hari...
huhuhu, sedih..sedih...sedih,, akan ku kenangi zaman2 bujang bersamanya dulu kini dan selamanya....

semoga hubungan kita ttap segar keakhirnya ya...
slamat menikmati hari2 bahgia bersama suami yg anda sayangi..hihihii
saya sebagai adiknya,insyallh akn menyusur kemudian hari,n doakan daku jua...amin...

Monday, February 1, 2010

saya garang ke?

Posted by ulfa at 9:52 AM 2 comments

muke yang garang + nk senyum jugak!!!

Bertemu lagi selepas dah lame xmenjenguk blog ku ini, erm kerajinan untuk mengupdate masih lagi tidak berpihak pada diriku,apa bleh wat....

title "Saya garang ke" sebenarnya persoalan dari saya sendiri,dan soalan ditujukan untuk kwan2 yang singgah blog ini,ha sila jawab....hampir 22 tahun saya hidup dibumi tuhan ini,Alhamdllah,tp baru hari ni persoalan ini timbul, sebenarnya dah lame tp rase xperlu je nk pk panjang,so ia pun berpanjangan...

erm ini la diriku, dari bangku sekolah lagi,rakan ku selalu menegur berkenaan rupa ku yang mcm orang xde perasan dan garang... bukan rakan sekolah saja, malah sesiapa yang pernah bertemu denganku walaupun beberapa detik....

"Takut la tgok muka upa, garang! mcm nk makan orang" pusing2 ini la perkataan yang acap kaliku dengari, walaupun xsebijik dan bulat2 mcm ayat ni, tp pusing2 makna yang sama juga.....TAKUT.....GARANG....MAKAN ORANG.....hihihihi, nk tergelak plak...tp ini la kenyataan bukan cobaan...

sampailah diriku menjejaki universiti, keaadaan rupaku ini tetap same mcm dlu, klo snyum pun, xikhlas....kuang3

rakan dan taulan kata saya garang coz saya xreti snyum dan ditambah lg muke bugisku so jadilah rupaku yang tidak mempunyai perasaan n garang....

inilah sejarah ku...
time kat sekolah dlu saya xsuke snyum, saya takut orang kata saya gatal lagilah klo salah orang, so apabila mind set saya dah mcm tu sekian lama, maka terbentuklah sendi2 yang liat di pipi ku,maka liatlah ia untuk senyum...

KESANYA....
walaupun saya senyum,orang kata saya xsenyum, orang kata saya garang...sombong,xde perasaan... aduyai.....padan muka aku!!!! ada sampai satu tahap rakanku yang kene jaga senyuman ku....apa bleh wat.saya sudah cube test senyum,tp snyum pun mcm xsnyum,hihihi.

so nk cite kat sini,jganla selalu wat hipotesis awal, walaupun rupaku nampak bengis, tp hatiku tidak sebengis rupaku itu...kan2,yang kenal saya, kenal lah mereka siapa diriku....pasni jgan la tkut2 nk tegur saya,klo muke saya mcm nk makan orang, anda bolehlah bercakap dengan saya dengan mata tertutup....agagaga

moral story!!!!!!!(4 my future)
t dah besar dah ada ank,latih anak snyum.
snyum dapat awet muda
senyum itu sedekah

sekian wasalam.

Wednesday, January 6, 2010

mimpi gigi patah lagi!!!!

Posted by ulfa at 6:39 AM 7 comments

Hari ini dah masuk 3x saya mimpi gigi saya patah.
pada awlnya sy xmenghiraukannya,walaupun rase sangt aneh,tp hnya menyedapkan hati..alah biase la tu mainan tidurku...second time, sy mimpi yang sama,n tempat yang sama,bahagian atas,gigi arnab...sy mule rase xsedap, hatiku mule resah,apa petanda mimpiku ini...namun resahku hanya berlalu begitu....shingga la hari ini, mimpi yg sama jua,kali ini sy btul2 ingin tahu,apa maksud disebalik mimpi itu,tp sape la yg patutku tnyakan,tkot gak klo kurafat percaya ngan ramalan2......erm,xtahu nk buat ape, mlm ni, sy cube2 wat rajin cari kat ternet...setelah membaca beberapa article n blog org lain,sume mengatakan benda yg sama......((menandakan saudara anda akan mendapat kemalangan atau mati.)))isyh, seram rasenye,nauzubillh... minta sy dijauhkan benda2 ini, memang sume akn merasai kehilangan,tp...........wallahualam...

setiap insan akn merasai kehilangan
sume yg datang akan pergi
cume mase yg menentukannya
perlukah aku takutkan benda tu sume???
sedangkan aku akn merasai seperti manusia lain,
dan aku sendiri juga akn kembali kepadaNYA
yaALLAH,berilah aku kekuatan dan ketabahan untuk menghadapi ujianMU
hambaMU ini terlalu lemah dan hina ya TUHAN....
amin...yarabbalalamin

Friday, December 25, 2009

mengisi masa hari krismes

Posted by ulfa at 5:00 AM 1 comments
sehari sblum hari krismes...
asyik t'pk, apa nk buat esok,(25/12/2009)(birthday ayahku) ramai kwan2 balik umh, masing2 ada komitmen tersendiri..hanya bebarapa kerat yang tiggl,pk punye pk ape nk buat dengan keratan tersebut, setelah beberapa detik, munculah sebuah idea untuk mengisi hari krismes keesokkan harinya.

fisrt:nk g joging
second:nk pergi rumah saedah makan rambutan....

setelah berbincang,masing2 berundur untuk pulang ke kamar sendiri...saya yang tnggl di bilik ain, trus melayari internet untuk mengisi masa2 yang terluang..nk study kononnye,tp xde benda nk stdy, kelas baru mule, just study name2 lecture je la ye...

keesokkan harinya...alhmdllh, plan pertama berjaya dilaksanakan, tp diubah mengikut kretiviti masing2...iaitu berjoging dlm mimpi di bilik masing2...hihihihi..tengahari dalam jam 12 tghri, kami berempat berangkat ke rumah saedah di dengkil yang mengambil masa dalm 20 minit...setibanya disana, nmpknya kami langkah kanan, trus lunch dengan muke yang xberapa malu, tp xpe, kami dah biasa ngan family saedah , parentnye pun ok...after lunch, kami mula beroperasi mengemas rumah tumpangan...selesai sume, kami ambik kedondong, makn skit, pastu g ambik rambutan, dalm 3 guni, tp apekan daya, dapat bwak balik 2 plastik, kononye nk bwak bekal hari ahad ni, itupun klo diorang xmakn,ngeh..ngeh..dalm jam enam, igat nk balik, hujan tetibe lebat, kami tnggu sehingga hujan reda,sdang menunggu sempat kami mkan nasi 2 3 pinggan, menambah nmpknya,almaklum,hujan katakan, laparla kononye tu,slesai mkan, kami minta diriuntuk pulang ke ukm, alhmdllh, kami tiba dengan selamat....

Thursday, December 24, 2009

ada jalan, ada penyelesaian..

Posted by ulfa at 6:29 AM 0 comments
setelah berkurun lame xmengaupdate, kini saya kembali merajinkn diri untuk membloging...sebulan lebih sudah saya duk umah cuti semester, mcm2 berlaku, pahit maung, sedih gembira nak xnak tlah pun tertulis..

hampir seminggu kelas bermula, secara overall banyak kelas yang dah start jika dibandingkan sem lepas yangmana minggu pertama kuliah mcm xberapa ada kuliah, biasa la tu, lecture bagi chance kat kitorang menyesuaikan diri selepas kembali darpada rumah...

naik sem, bnyk cerita, bnyk gossip,mcm2...lain orang lain crita...ehm crita ku?best la jugak...

walaupun kurang 2 hari ckup sminggu saya berada di UKM tp fikiranku masih belum sampai UKM, dimana ye???entah la, mcm2 ku fikirkan, pelbagai perkara nk difikirkan, walaucmne pun, nk xnak, itulah yang berlaku n itulah yang kite perlu slesaikan..acap kali saya terpandang ayat "nothing is imposibble", so saya jdkan ungkapan itu sebagai pendorong untuk menyelesaikan masalah, manusia suma ada masalah, n manusia memerlukan masalah untuk mematangkan diri, kadang kala kita perlu berterima kasih dengan masalah, knp ye?..sbb xde hari ini, xde lah esok, so xde maslah yg xbleh selesai,andai langkah pertama kite bleh selesaikan, knp tidak masalah seterusnya kite bleh dngan memetik jari...hihihi (tipu sangat la klo petik jari pun bleh slesaikan masalh)..ehm itulah yg dinamakan masalah bleh mematangkan kite....untuk mendapatkan sesuatu yang baik, kite perlu mencari kunci penyelesaiannya....ehm terpanjang plak bersyarah, xpe yg baik jd bleh dijadikan teladan,yang buruk jd sempadan..just pengongsian walaupun xsberapa....

Wednesday, November 11, 2009

abis sem dah....

Posted by ulfa at 6:47 PM 0 comments

FUH....

setelah sekian lame xmengupdate blog, nk kata xde masa, ada je, tp entah la...kemalasan telah melanda di saat2 nak  final exam....tp arini bukan nk kata rajin dah datang, tp sbb boring duk bilik, xde ape yang nk dibuat selepas pening kpala packing barang, dah 3 hari duk mengemas barang, tp sampai la ke hari ni, xsiap2 jua.....skit2 insyaallh, siap la tu....masih ada lagi sehari...sok nk balik dah..hihihi

exam kali ni saya tukar cara study, klo dlu study kat libry, sem ni, study kat bilik, ari pertama nk biasakan diri memang susah, mata asyik mejeling katil, seolah2 katil memanggil2 diriku, wlaucmne pun, xbleh ikutkan kata hati, nk ikut hati, sume xmenjadi, kadangkala kite kene lawan kata hati....dan kadangkala kite kene ikut kata hati...alhmdllh, hari pertama saya dapat tempuhinya....saya meneruskan sampai la penghujung exam...

mcm2 ujian la gak, 2 hari before first paper, saya kene jaga ank akk yang  belajar kat sini (UKM), memandangkan xde siapa yang nk jaga anknya, oleh kerana kelasnya 2 ari, akk tdo dibilik saya,sbb jauh nk ulang alik...xpela bukanya selalu, hatiku memujuk....hari pertama saya menjaganya, agak kekok sdikit, anknye pun xbiase lagi ngan saya, bile letak kat bilik, dia menangis, rase malu plak ngan jiran2 sebelah, xsedap plak menganggu orang lain study, saya membawa keluar mane yang patut, alhmdll lena juga di pangkuanku..tgahari skit, mamanya ambik bawa ke kelas, saya mengambil sedkit masa yang terluang untuk study...mlm tu, saya mintk kebenaran pada akk nk study libry...walaupun sekejap, tp rase berbaloi, pulun abis2 sbb ingat esok kene jaga lagi, mesti xdan nk baca...alhmdllh ALLAH permudahkan urusanku..

pada keesokkan harinya (ahad), saya menjaganya kat surau FST, senang klo ape2 hal dekat ngan maknya....alhmdllh xde masalh, cume petang tu je, meragam skit.....kesian kat akk, xsenang duduk dalam kuliah, ini lah ujian.......Alhmdllh ALLAH permudahkan urusanku untuk first paper..

Setelah  3 minggu memerah otak untuk exam , kini mase untuk memerah otak untuk kali kedua pula,nk pk mcmne nk kmas barang ni, nk letak mane, mcm2 bermain difikiranku....

sibuk mengemas barang, kami sempat lagi meluangkan masa main bowling bersama teman2,hihihi ...arini operasi megemas barang  kembali berjalan dengan lancarnya....

exam yang dah lepas tu, kite dah usaha, skrang masa untuk kite bertawakal, bak kata ayah "apa yang ditanam, itulah yang akn dituai" xkan la usaha kite sebegitu, nk result yang sebegini pula kan... ape2 pun....sumenye letak ditangan kita, kite yang mengerakkan ape yang kite hendak, ape yang kita impikan....isnyallh

abis dah.......

Friday, October 2, 2009

pergi la kamu wahai pemalas.....

Posted by ulfa at 9:19 PM 6 comments

Semakin hari semakin menjadi, ape nk wat ni, kemalasan ku semakin bermaharaja, exam dah nak dekat, di mana semngat study ku???kemari la kamu, kemari lah, aku memerlukan mu.....

Hari demi hari, tido ku smakin lena, langsung tidak gentar di kala teman yang lain bertungkus lumus memerah otak, tp aku?  masih sayngkan tido yang tidak pernah puas, sedangkan tiada langsung persiapan untuk bertarung.....sampai bila kah?

kwan2, teman2, tolonglah aku, ape yang harus aku lakukan, kemalasan telah menguasai diriku, aku sering tewas pabila berhadapan dengan nafsu tido ku....

adus.....kemarilah kamu, kemane kau menghilang wahai sang rajin, aku sangat memerlukan mu di saat ini...

P/s: kwan2 bagi tips skit, tolong diriku mencari sang rajin.....

Thursday, October 1, 2009

niat untuk bergurau, tetapi..????

Posted by ulfa at 6:49 AM 0 comments

Satu perkara lagi saya pelajari tntang hukum, suka saya nk  kongsi dengan kwan2 yang lain sebagai peringatan...

Reality masa kini, bnyk perkara yang kita lakukan tapi xperasan  ada kesalahan yang kita xtahu disitu, mungkin kite anggap gurauan, suka-suka,tapi tahukah kite sejauh mane batasan gurauan itu????sedangkan  ia melibatkan hukum, ayuh kite renungkan.

Orang yang menuduh zina akan dikenakan hukuman hudud (ops....sensitif plak klo sbut bab ni). akan tetapi ia boleh disabitkan Ta'zir sekiranya tidak memenuhi syarat hudud.

# Hudud- Hukuman yang telah ditetapkan kadanya oleh syarak. xbleh ditambah dan xbleh dikurangkan.

#Ta'zir -Hukuman yang tidak ditetapkan oleh syarak, ia dilaksanakan berdasarkan pandangan pemerintah.

ok sambung smula....

                                    Tuduhan orang lain berzina disabitkan apabila seseorang itu berkata:

              "Engkau berzina"

              "Wahai penzina"

             "Wahai gay"

                  "Engkau telah meliwat"

                                                                     "wahai perempuan sundal"

Termasuklah apa saja kata-kata yang dilemparkan yang berkenaan maksud tersebut.

>>>>>>Pernah ke kite sebut perkataan-perkataan tersebut kat kawan atau musuh kite? 

bukan mudah kan?????? jahuilah gurauan yang melibatkan hukum, jgan mempersendakan hukum, kelak membwa padah.

RENUNG-RENUGKAN

Friday, September 25, 2009

raye 2009

Posted by ulfa at 9:10 PM 2 comments

Berlalu sudah ramadhan, kini tiba syawal pula, hari yang dinantikan-nantikan oleh sume umat islam, ada juga menangisi pemergiannya. entah dapat ke kite berjumpenya lagi ye....wallahu'alam

same seperti tahun lepas, pegi semayang raye, ayah mewajibkan ank2nya pg,xkira kecik tua muda, " sekali  setahun je nak, ape salahnye pg bkan lame pun" kata ayah.

tahun ni, makcik2, pakcik2 n akak-akak, abg xbalik raye pertama, so raye pertama xpenuh umah nenek mcm tahun  lepas. raye ke tiga baru umah nenek penuh dengan seratus lebih makhluk kabilah Twahir, termasuk la cucu, cicit, menantu, anak-anak dan sedara mara, subhanallah, kayanya nenek , mudah-mudahan murah rezki nenek, bak kata nenek, 

"biar xkaya harta, asalkan kaya dengan anak-anak keturunan"

"klo semua hadiahkan fatihah bile nenek xde nanti,dah nenek kaya dengan fatihah plak"

eh,panjang plak cite pasal nenek, bukan ape, seronok duduk dalam keluarge besar...hihihihihi

yok kite tgok skit suasana kampungku itu....

kepada sedara mara yang duk jauh dirantauan, semoga gambar2 ni menjadi pengubat rindu beraye dikampung....hihihihi

                                         "BURASAK" makan wajib di umah nenda n umah saya.

                                         setiap kali raya mesti ada, klo xde xbugis la kami,hihihihi  

                              kuih corn flakes n kek lapis serawak yang sempat ambik gambar.

                        suasana umah nenda malam raye, alamak gambar raye ke-3 xde plak...

                                                 sedara-sedara kat umah nenda

                     ini plak anak-anak dara ayah, ada sorang lgi, xtau la katne time ni.

erm bnyk sangat plak klo nk letak sume, hihihihi xpe la ini saja yang larat nk letak, kepada sedara-sedara yang jauh, diucapkan selamat ari raye....

haza faqad...ilalliqa'

Tuesday, September 15, 2009

camat ari raye...

Posted by ulfa at 6:05 PM 1 comments

jap lagi nk balik johor mari!!!!!

Saya  balik dlu ye kawan2, adik beradik, teman2,shabat2 yang saya sayangi, mintk mahap segala kesilapan saya, halalkan jika ada tersalah makn dan minum,saya jua ada kekurangan seperti insan lain.

semoge ukhwah kite akan berkekalan sampe bile2...insyallh

haza faqad....just update blog ....hihihihi

Saturday, August 22, 2009

Ujian Sakit...

Posted by ulfa at 9:18 PM 2 comments