kenapa aku diuji
1:17 PM Edit This 3 Comments »Pejam celik pejam celik, hampir 3 tahun ku berada di ukm, maha suci Allah, aku masih bernafas, tuhan masih menyangiku, hati kecilku pernah terdetik suatu ketika dahulu, kenapa semua ini berlaku padaku?...ehm kerdilnya diriku memikirkan sebegitu.
lamunanku terhenti dengan sapaan sahabatku, sapaan yang penuh bermakna buatku. "apabila tuhan menguji hambanya, itu tandanya DIA menyangi hambanya", fikiranku jauh mengelamun..... fikiranku kosong.....semua persoalan telah terjawab, Subhanallh, ENGKAU lah yang maha kaya. air mataku menitik sebak mengenangkan dosaku terhadap keluhan yangku lahirkan.

KENAPA AKU DIUJI?
“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta.” -Surah Al-Ankabut ayat 2-3KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.” -Surah Al-Baqarah ayat 216KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.” -Surah Al-Baqarah ayat 286RASA FRUST?
“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yg beriman.” - Surah Al-Imran ayat 139BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
“Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengankekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).” -Surah Al-Imran ayat 200
“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk” -Surah Al-Baqarah ayat 45
APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?
“Sesungguhnya Allah telah membeli dr org2 mu’min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka… ..-Surah At-Taubah ayat 111
*peringatan untuk diriku dan semua kawan2, ingatlah, jgan sesekali mengeluh sewaktu ditimpa musibah, anggap sahaja itu satu titian menuju kepada kebahgian, pengalaman akan mematangkan fikiran kita, suma yang berlaku ada hikmahnya, cume kite saje yang xtahu apa?, bile? dan apa?...
wallahualam....
3 comments:
alhamdulillah..
terime kasih ya ustazah sbb bagi tazkirah nh~~
best of luck
sebab kadang kita lupa yg hanya Allah perancang yg terbaik..
^_^
terima kasih ulfa
Post a Comment