Ujian Sakit...

9:18 PM Edit This 2 Comments »

Hampir seminggu diriku terlantar demam, segala kerja tidak menjadi, banyak kelas tertinggal ,assignment pula juga tergendala. m/c diberi 2 hari , saya melebihkan menjadi 4 hari kerana keaadaan xmengizinkan. Mujur saya tidak keseorangan, masih ada teman disampingku, apabila keaadaan begini, masih ada teman yang sudi mengambil beratku..hanya tuhan dapat membalas jasa kalian semua. 

sehinggalah semalam (1 ramadhan). Demamku semakin surut, hanya batuk tidak henti-henti, bagai nak terkeluar isi perut ini, acapkali namaMU kulafazkan, tuhan maha adil, mudah-mudahan ujian yang Tuhan berikan padaku ini ,merupakan kifarah dosa. Dan ada hikmah tersendiri.  

Ternyata nabi Muhammad saw. menjelaskan dari salah satu haditnya bahwa setiap muslim yang menderita kegundahan, kegelisahan, kesakitan dan kesedihan sekalipun hanya tertusuk duri, itu merupakan kifarat/ penebus dari dosa-dosanya. (HR. Bukhari Muslim)

Pagi ramadhan yang menyenangkan, titisan rahmatmu bergilir-gilir membasahi bumi, maha kaya Engkau ya Rahman. Hujan beransur pergi digantikan sang mentari. Saya mengambil kesempatan ini untuk melakukan apa-apa yang saya mampu lakukan, saya memgambil keputusan untuk ke PTSL mencari bahan yang kian lama bersarang tidak diusik. Tidak lama kemudian, belum sempat saya sampai ke destinasi, sang hujan menderu dengan lebat, saya mengagahkan diri menghabiskan perjalanan tersebut, alhmdllh sampai juga akhirnya.
 Setibanya di ruang Koleksi Islam, penyakitku menjadi-jadi sehingga menggaggu tumpuan orang lain. Saya cuba menjauhkan diri daripada orang ramai. Hendak saja pulang ketika itu, memandangkan hujan belum berhenti, saya ambil kesempatan yang ada membelek beberapa buku rujukan.

 Selang setengah jam, kedengaran satu announcement penutupan PTSL, saya bergegas membelek isi kandungan mencari apa yang berkaitan dan berlalu pergi. Saya duduk termenung dilegar PTSL, diriku masih belum bersedia pulang ke bilik walaupun hujan sudah berhenti. mata ku ligat memerhati gelagat manusia ketika itu, diriku khayal seketika, teringat mak ayah di rumah. “ seronoknya dapat berbuka ngan family” ehm rasa sebak ketika itu, sebelum saya melarat panjang, lebih baik saya pulang bilik segera, nak dilayankan perasaan, malu kat orang je nanti.

Setibanya di bilik, saya merebahkan diri, selang beberapa minit kemuadian, kedengaran satu msg telah masuk…saya membiarkan dahulu, tidak lama kemudian baru saya membacanya, satu pesanan yang ringkas daripada no yang tidak dikenali :

“ Wahai kakakku, jganlah jd perempuan yg meruntuhkan iman lelaki, kasihanilah lelaki yang ingin berjuang dijlan ALLAH. Semoga ramadhan kali ini meningkatkan ketaqwaan kita kepada ALLAH, slamat mecari lailatul qadar…salam ramadhan n rindu drpd adikmu…ILA”

Tidak lama kemuadian baru saya perasan msg itu datang daripada adikku, tentu dia berada dirumah sekarang, tentu mereka semua menunggu waktu berbuka……bestya dapt berbuka kat umah, ada mak, ada ayah, ada adik-adi, masti meriahkan….”erhm xpela, ALLAH tidak mengizikan saya berada dirumah ketika ini, mgkin minggu depan klo ada rezki sya balik pula” hati kecil ku memujuk. Saya sambung memejamkan mata, tidak lekang difikiranku pesanan daripada adik ku itu, mata terpejam kepala masih memikirkan……akhirnya saya hanyut diulik mimpi.

2 comments:

hood@sunny said...

Salam, ramadhan kareem.
semoga kesakitan itu membersihkan ulfa dari dosa2 utk berbekal dgn hati yg bersih ke Madrasah Ramadhan~

p/s: xde shoutbox, dat's y post kat sini ^ ^

Salam perantauan :D

ulfa said...

wkmsalm, insyaallh, doakan diriku sntiasa diberi perlindungan...

Saturday, August 22, 2009

Ujian Sakit...

Posted by ulfa at 9:18 PM

2 comments on "Ujian Sakit..."

hood@sunny on August 26, 2009 at 12:13 AM said...

Salam, ramadhan kareem.
semoga kesakitan itu membersihkan ulfa dari dosa2 utk berbekal dgn hati yg bersih ke Madrasah Ramadhan~

p/s: xde shoutbox, dat's y post kat sini ^ ^

Salam perantauan :D

ulfa on August 26, 2009 at 11:04 PM said...